![]() |
| CASTING |
Saturday, 9 April 2016
LEARN TO BE STRONG
Thursday, 7 April 2016
CARRYMARK
Kehidupan bergelar sebagai seorang student university ni tak akan pernah terlepas daripada perkataan 'carry mark'. Ada masa carry mark tu boleh jadi satu perkara yang menggembirakan dan menaikkan semangat tapi carry mark jugak boleh jadi satu perkara yang mendatangkan kemurungan berpanjangan dan membuatkan kita "feeling so down". Jadi tersebut la al-kisah tentang carry mark. Pada 5 MAC 2016 iaitu tarikh untuk final paper subjek Statics. Malam sebelum tu aku memang yakin gila yang aku akan boleh jawab paper Statics. Pagi sebelum jawab paper statics pun aku masih lagi ada keyakinan tu. Sejam sebelum aku mula exam pagi tu, aku dapat 'wassup' dari group kelas. Tanpa perasaan ragu-ragu aku buka 'wassup' tu. Rupa-rupanya lecturer kesayangan kitorang hantar satu picture ni dan aku dengan yakin download gambar menggunakan wifi kolej yang sangat pantas kelajuannya (HEHEHE). Rupa-rupanya lecturer tu hantar carry mark subjek Material Science kitorang. Aku memang tak nak tengok sebab subjek ni la yang aku 'paling handal sekali pada sem ni' (TAK SANGGUP NAK MENYATAKAN KEBENARAN). Apa perasaan kalau carry mark yang korang dapat tu memang tak tahu nak cakap 'CUKUP MAKAN' ke tak? Pagi tu memang aku down gila dan semangat nak jawab paper Statics hilang. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi sepanjang aku dalam dewan tu yang aku ada dalam fikiran aku adalah carry mark Material Science. Aku harap sangat supaya ALLAH sentiasa bantu aku dan merahmati setiap pekerjaan aku. Aku takut sangat kalau tanpa aku sedar sebenarnya aku yang lupakan DIA, lupa nak bertawakkal dan aku takut kalau sebenarnya bila timbul perasaan yakin tu aku lupa yang DIA sebenarnya yang meminjamkan segalanya buat aku dan semuanya adalah dengan izinNYA dan DIA yang berkuasa segalanya, YA ALLAH...~Doakan kejayaan saya ya~
Subscribe to:
Comments (Atom)
