Rasanya macam dah lama tak buka blog ni. Takde idea nak tulis apa. (HURMM) Yang aku tau sekarang ni hanya rasa malas menghantui diri. Lepas habis jawab exam tadi terus rasa macam nak demam. Mujur la hari ni adalah last paper and last day. (LIKE HOORAY!TAPI MOOD ORANG DEMAM). Ni mesti impak pulun habis-habisan (NAK EXAM KATAKAN*mata juling*) sebab yalah, dekat-dekat exam tu dahlah busy dengan kelas petang lepas tu sambung lagi malam. Balik tu nak kena hadap buku nak study, buat revision lagi. (KONON STUDY) Jumaat dan Sabtu pun kelas yang tak tahan tu.Macam tak ada time untuk rehat langsung even for a second (MACAM MENIPU LA PULAK..ERRKK..LEBIH KURANG MACAM TU LA). Okay dah sekian. Penat, nak tidur!
Monday, 15 October 2012
Wednesday, 27 June 2012
BEHIND THE SCENE
Jujur aku katakan yang sepanjang latihan pentomin ni aku happy sangat. Pentomin ni semuanya wakil MPP sebenarnya. Macam-macam ragam yang berlakon sekali dengan aku ni.Ada yang 24 jam buat lawak, ada yang bersungguh gila dia punya lakonan. Dalam pentomin ni watak aku adalah sebagai seorang doctor yang begitu berdedikasi untuk menyelamatkan pesakitnya.(OMG! SERIOUSLY BANGGA GILA TIME PAKAI COT DOKTOR TU) Overall pentomin ni mengisahkan kisah seorang guru and anak muridnya. Okay mesti semua dah boleh bayang jalan cerita dia kan even aku tak cerita. Sepanjang latihan tu memang aku takkan lupa. Time berlakon pulak nervous sangat atas pentas tu. Mujur lah pentomin ni aku kena buat-buat je kononnya bercakap. Time scene guru (Shafiq Zamri) tanya doctor pasal student dia aku siap cakap aku nervous dan tak tahu nak buat-buat cakap macam mana. Aku nak gelak time Shafiq buat-buat muka bimbang dengar apa yang doctor cakap sebab time tu jugak dia cakap jangan nervous sangat, buat-buat je cakap, aku pun nervous gak ni. Relax dia cakap. Lepas tu pulak time nak cek pesakit dengan stethoscope tu pulak pesakit tu tetiba tersalah bertentangan mata dengan aku. Dahlah dia ni budak kelas arab. Dahlah time tu scene yang dia kena buat-buat sakit. Boleh pulak buat-buat sakit sambil senyum. Aku ni pantang orang nak tergelak. Aku berjangkit sekali. Thank you all for making my day. Thank you dekat semua yang terlibat sebelum dan selepas pentomin ni. Even ada yang last minute tak boleh join. But its okay and thank you for supporting us.
LOVE YOU GUYS!
Subscribe to:
Comments (Atom)



