Seminggu aje lagi nak cuti raya...Tak sabaq!!!Sem 3 ni sememangnya menyerabutkan kepala hotak. Subject yang buat aku sampai sekarang rasa macam nak menangis air mata darah adalah DYNAMICS! Apakah?! Subject ni aku rasa dari awal kelas sampai lah last kelas khamis lepas satu apa pun aku tak paham lect tu ajar apa. Tak apalah. Yang nak ceritanya sekarang ni bukan pasal study ke apa ke. Yang jadi isu sekarang ni adalah semenjak aku ada junior ni, sebilik pulak tu aku dah jadi matang sikit dalam level 2 macam tu. HAHA! Tapikan ada la sorang junior ni aku tak tahu lah samada dia memang tidur mati atau memang telinga tuli atau memang telinga dia kalis bunyi ataupun telinga dia tersumbat tahap gaban. Masalah junior aku sorang ni adalah alarm dia yang mengganggu sekalian alam hidup aku yang tengah nyenyak tido. Dahlah alarm dia berbunyi dari pukul 4 pagi. Kotnya pun nak bangun sahur, sapa yang sahur pukul 4 pagi?! Dahlah dia punya alarm tu punyo lah lamo macam dia tak set time snooze ke apa ke. Lepas pada pukul 4 tu setiap 15 minit alarm dia duk menyanyi kat tepi telinga dia. Bayangkan aku yang duduk jauh dari dia boleh terkejut tidur, dia yang handphone duduk dekat tepi telinga boleh tak dengaqqq!!! Kadang-kadang terpaksa suruh orang lain kejutkan dia tutup alarm. Yang menyakitkan hati tu aku kejut dia, boleh dia amek phone dan letak bawah bantal tido dia. Bukan nak tutup alarm yang bingit macam nak pecah telinga. Ada jugak nanti yang nak kena sound dengan aku. Kang aku sound merajuk, mengadu kat parents cakap senior gila la gedik la.
Friday, 24 June 2016
Friday, 17 June 2016
CRUSH!
Sekarang aku rasa macam nak layan mood 'throwback'. HAHAHAHAHA!!! Throwback time aku masuk form 1 dulu. Aku baru start pandai nak ber'crush' laa time tu. Rasa macam kelakar la pulak nak cerita. Tapi nak cerita jugak. Time tu aku masuk sekolah tu seminggu lambat sebab aku dapat panggilan kedua. Sebelum tu aku jadi student smkso for one week. First day aku dekat sekolah baru tu biasalah ada perhimpunan kan. Sekolah baru aku ni tiap-tiap pagi Ahad dekat perhimpunan mesti baca Asma ul-Husna. Nak dijadikan cerita tu ada la sorang wakil MPP ni yang naik jadi lead atas pentas. Bila dia buka je mulut nak baca tu bulu roma aku meremang habis. Perghhh!!!! Aku dah jatuh cinta gila dengan mamat tu. Tapi memandangkan aku kena beratur belakang sekali dan posisi untuk form 1 beratur adalah di bahagian kanan pentas, membuatkan aku lagi la tak nampak siapakah gerangan mamat ni. Keesokannya... biasalah kan kalau pagi-pagi tu semua pelajar kena beratur kat luar kelas kena selawat and baca doa semua tu. Dan lagi sekali aku dengar suara yang lead bacaan doa tu adalah orang yang sama. Tapi aku hanya dengar suara dia je melalui speaker dekat kelas kitorang. Hambar sungguh la jatuh cinta dengan suara orang ni. Aku tekad gila nak tengok siapakah dia. Sampailah suatu hari ni aku beratur agak depan la time perhimpunan. Omg! Handsome gila kottt! Tak sangka bukan suara je yang sedap tapi muka pun Ya ALLAH....Patut la dia handsome sangat dengan mata sepet dia tu. Rupa-rupanya mak dia orang korea. Ayah di pulak surgeon. Perfect betul hidup dia. Lepas tu baru la aku tahu yang rupa-rupanya mamat ni pujaan ramai gadis dekat sekolah kitorang. Tapi aku rasa aku special sikit la sebab aku crush dekat dia start dari suara dia bukan rupa dia. The end...NO happy ending okay macam dalam drama tu. Tapi yang aku tahu sekarang ni dia pun belajar mechanical engineering. APAKAH?
Wednesday, 1 June 2016
GO! GIRL!
Tak sabar rasanya sebab ramadhan dah dekat. Semoga aku dipanjangkan umur dan dipertemukan dengan ramadhan tahun ni. Tapi yang sedih tu, first day ramadhan nanti dah mula class. My first class for sem 3. Baru feeling nak berbuka puasa dekat rumah. Tapi kena makan makanan dekat cafe jugak. Really no choice. Sedih sangat! (UWAAA!!!!!) Tapi good news nya adalah aku dapat kolej!! Ingatkan dah tak dapat. Aku harap sangat ramadhan tahun ni aku dapat ubah sikap pemalas aku ni. Kali ni aku nak study betul-betul. Tak apalah sem ni aku struggle banyak sikit. Asalkan aku tak sakit lepas ni. Sem 3 ada 4 subject yang killer dan salah satu dari subjek tu ada yang 4 credit hours! 4 subjek ni sangat penting sebab berkait dengan 2 subjek untuk sem depan. Kalau tersangkut even satu subjek nanti sem 4 akan trouble sikit (MAYBE LA) So, aku nak fokus dalam kelas and kali ni aku takkan ponteng mana-mana kelas lagi melainkan memang aku betul-betul terpaksa. Ok, girl. I know you can do it! Fighting!! Let's do it together and here we go again babe.
Subscribe to:
Comments (Atom)