CARING , SHARING , LOVING

Thursday 1 March 2018

INDUSTRIAL TRAINING

Hari ni rasa macam nak bercerita pasal latihan industri. Omaigodddd! Takutnya nak mula kehidupan baru yang totally berbeza dengan zaman belajar ni. Kira macam orang yang dah bekerja la kalau buat praktikal ni. Jumpa dengan orang baru dan semestinya ragam yang baru dan pelbagai. Nanti aku tak tahu macam mana nak behave macam orang yang dah bekerja. Sebab aku dah biasa melalut menggila dengan kawan kawan aku and a little bit clumsy. Tapi nanti nak kena buat buat professional nak berinteraksi dengan rakan sekerja. Aku rasa macam tak yakin. Yang paling aku takut adalah aku boleh ke buat kerja tu nanti??? HMMM...Takpe! Kita sama sama cuba okayhh. Usaha itu kan tangga kejayaan. So usaha la kan. Kalau tak pernah and takut nak cuba benda baru or usaha untuk berubah sampai bila pun tak boleh kan. Okay?

Sunday 7 August 2016

NO END TEST!

Help me world! I tot yang dynamics lah subject paling susah nak difahami sem ni. The fact adalah dynamics lagi senang daripada subject strength. Lusa aku ada test subject strength. Tapi satu apa pun aku tak study lagi sekarang ni. Aku tak tahulah apa nak cakap. Tapi aku seriously mengantuk sekarang ni. Actually bukan sekarang ni. Tetapi aku mengantuk tiap kali aku cakap nak bukak buku, tiap kali buka buku. Apa yang lagi mengharukan adalah aku nak tidur sangat sekarang ni. Okay. Berhenti dekat sini sajalah. Nak tidur dah.. Sleep tight ok sayang-sayang sekalian alam. 

Monday 4 July 2016

SENYUMAN SEDEKAH

Kata orang senyuman itu sedekah. Bak kata lagu pulak "senyum, tak perlu kata apa-apa." Tapi macam mana pulak kalau kes senyum sorang-sorang? Kalau duduk termenung dalam bilik lepas tu senyum sorang-sorang tu perkara normal la kan. Aku rasa semua orang pernah buat. Tapi kalau senyum sorang-sorang depan public macam mana pulak? Aku tak tahu la apa masalah aku tadi. Aku masuk 7eleven sambil senyum sorang-sorang. And aku perasan je ada orang perhatikan aku duk tersengih macam kerang busuk. Mesti orang cakap aku gila kan???Arghhhh! Malunya! Seriously malu. Dah la depan public senyum tanpa tujuan and yang paling scary adalah tak tahu senyuman aku tu duk tuju kat sapa. Tapi mujur la aku takkan jumpa lagi diorang. Kalau la semua orang dalam tu kenal aku memang aku tak nak muncul dah kat situ and aku nak invisible time tu jugak.

Friday 24 June 2016

ALARM

Seminggu aje lagi nak cuti raya...Tak sabaq!!!Sem 3 ni sememangnya menyerabutkan kepala hotak. Subject yang buat aku sampai sekarang rasa macam nak menangis air mata darah adalah DYNAMICS! Apakah?! Subject ni aku rasa dari awal kelas sampai lah last kelas khamis lepas satu apa pun aku tak paham lect tu ajar apa. Tak apalah. Yang nak ceritanya sekarang ni bukan pasal study ke apa ke. Yang jadi isu sekarang ni adalah semenjak aku ada junior ni, sebilik pulak tu aku dah jadi matang sikit dalam level 2 macam tu. HAHA! Tapikan ada la sorang junior ni aku tak tahu lah samada dia memang tidur mati atau memang telinga tuli atau memang telinga dia kalis bunyi ataupun telinga dia tersumbat tahap gaban. Masalah junior aku sorang ni adalah alarm dia yang mengganggu sekalian alam hidup aku yang tengah nyenyak tido. Dahlah alarm dia berbunyi dari pukul 4 pagi. Kotnya pun nak bangun sahur, sapa yang sahur pukul 4 pagi?! Dahlah dia punya alarm tu punyo lah lamo macam dia tak set time snooze ke apa ke. Lepas pada pukul 4 tu setiap 15 minit alarm dia duk menyanyi kat tepi telinga dia. Bayangkan aku yang duduk jauh dari dia boleh terkejut tidur, dia yang handphone duduk dekat tepi telinga boleh tak dengaqqq!!! Kadang-kadang terpaksa suruh orang lain kejutkan dia tutup alarm. Yang menyakitkan hati tu aku kejut dia, boleh dia amek phone dan letak bawah bantal tido dia. Bukan nak tutup alarm yang bingit macam nak pecah telinga. Ada jugak nanti yang nak kena sound dengan aku. Kang aku sound merajuk, mengadu kat parents cakap senior gila la gedik la. 

Friday 17 June 2016

CRUSH!

Sekarang aku rasa macam nak layan mood 'throwback'. HAHAHAHAHA!!! Throwback time aku masuk form 1 dulu. Aku baru start pandai nak ber'crush' laa time tu. Rasa macam kelakar la pulak nak cerita. Tapi nak cerita jugak. Time tu aku masuk sekolah tu seminggu lambat sebab aku dapat panggilan kedua. Sebelum tu aku jadi student smkso for one week. First day aku dekat sekolah baru tu biasalah ada perhimpunan kan. Sekolah baru aku ni tiap-tiap pagi Ahad dekat perhimpunan mesti baca Asma ul-Husna. Nak dijadikan cerita tu ada la sorang wakil MPP ni yang naik jadi lead atas pentas. Bila dia buka je mulut nak baca tu bulu roma aku meremang habis. Perghhh!!!! Aku dah jatuh cinta gila dengan mamat tu. Tapi memandangkan aku kena beratur belakang sekali dan posisi untuk form 1 beratur adalah di bahagian kanan pentas, membuatkan aku lagi la tak nampak siapakah gerangan mamat ni. Keesokannya... biasalah kan kalau pagi-pagi tu semua pelajar kena beratur kat luar kelas kena selawat and baca doa semua tu. Dan lagi sekali aku dengar suara yang lead bacaan doa tu adalah orang yang sama. Tapi aku hanya dengar suara dia je melalui speaker dekat kelas kitorang. Hambar sungguh la jatuh cinta dengan suara orang ni. Aku tekad gila nak tengok siapakah dia. Sampailah suatu hari ni aku beratur agak depan la time perhimpunan. Omg! Handsome gila kottt! Tak sangka bukan suara je yang sedap tapi muka pun Ya ALLAH....Patut la dia handsome sangat dengan mata sepet dia tu. Rupa-rupanya mak dia orang korea. Ayah di pulak surgeon. Perfect betul hidup dia. Lepas tu baru la aku tahu yang rupa-rupanya mamat ni pujaan ramai gadis dekat sekolah kitorang. Tapi aku rasa aku special sikit la sebab aku crush dekat dia start dari suara dia bukan rupa dia. The end...NO happy ending okay macam dalam drama tu. Tapi yang aku tahu sekarang ni dia pun belajar mechanical engineering. APAKAH?

Wednesday 1 June 2016

GO! GIRL!

Tak sabar rasanya sebab ramadhan dah dekat. Semoga aku dipanjangkan umur dan dipertemukan dengan ramadhan tahun ni. Tapi yang sedih tu, first day ramadhan nanti dah mula class. My first class for sem 3. Baru feeling nak berbuka puasa dekat rumah. Tapi kena makan makanan dekat cafe jugak. Really no choice. Sedih sangat! (UWAAA!!!!!) Tapi good news nya adalah aku dapat kolej!! Ingatkan dah tak dapat. Aku harap sangat ramadhan tahun ni aku dapat ubah sikap pemalas aku ni. Kali ni aku nak study betul-betul. Tak apalah sem ni aku struggle banyak sikit. Asalkan aku tak sakit lepas ni. Sem 3 ada 4 subject yang killer dan salah satu dari subjek tu ada yang 4 credit hours! 4 subjek ni sangat penting sebab berkait dengan 2 subjek untuk sem depan. Kalau tersangkut even satu subjek nanti sem 4 akan trouble sikit (MAYBE LA) So, aku nak fokus dalam kelas and kali ni aku takkan ponteng mana-mana kelas lagi melainkan memang aku betul-betul terpaksa. Ok, girl. I know you can do it! Fighting!! Let's do it together and here we go again babe.

Saturday 21 May 2016

THANK YOU!

Dear my Lecturer,

Terima kasih sebab selama ni sudi ajar saya. Maaflah saya tak pernah tahu pun yang selama ni Sir perasan yang saya selalu lari dari Sir tiap kali terserempak dengan Sir. Saya tahu pun sebab senior saya bagitau yang Sir ada cerita dekat dia pasal sorang student ni yang selalu lari dari Sir and Sir tak tahu sebab apa saya lari. Saya pun tak tahu kenapa saya perlu lari. Dia macam tindakan spontan tau Sir. Tiap kali nampak Sir kaki saya secara automatic macam takut dengan Sir. Saya pun tak tahu apa yang saya takut sangat dengan Sir. Saya pun rasa pelik dengan 'tindakan spontan' saya ni sebab saya sendiri rasa yang saya lari dari Sir tanpa sebab. Dalam kelas pun kalau boleh saya macam nak invisible tau Sir tapi sayang Sir... saya tak ada kuasa magic nak buat macam tu. Saya selalu datang awal ke kelas Sir sebab Sir ugut kitorang kalau datang lewat nak deduct 0.5 dari carrymark. Kalau tak datang terus 1 dari carrymark kitorang. That's why kelas Sir je yang saya tak pernah skip ponteng or whatsoever. Kalau Sir nak tahu dalam kelas Sir je yang saya tak pernah tanya soalan dengan lecturer kalau tak faham. Kelas lain semua saya tanya lecturer untuk ajar balik sampai faham. Saya tak berani tanya dalam kelas Sir sebab nanti Sir tanya saya balik and kalau saya tak boleh jawab nanti Sir marah. Walaupun saya tak pernah cuba tanya, tapi tengok classmate saya yang lain tanya pun dah buat saya kecut perut. Saya nak minta maaf sebab Sir tahu tak first impression saya bila first time masuk kelas Sir? Lecturer yang sangat cerewet. Haha!! Sorry sangat padahal Sir cool je. Sebab first class tu kan Sir suruh saya lukis graf ikut dalam buku teks Sir tu tapi saya lukis benda lain sebab saya nampak Sir tunjuk kat tempat lain. Lepas tu Sir perli saya and suruh saya lukis balik. Lepas lukis tu saya terus duduk tapi Sir panggil lagi sebab saya lukis tak complete graf tu. Then saya duduk. Dan sekali lagi Sir panggil sebab masih tak complete. Sir tahu tak saya rasa macam orang bodoh time tu. Tapi kan Sir. Saya rasakan..kalau Sir ubah style Sir sikit mesti lagi ramai student yang crush dekat Sir. Sir! I'm sorry but Sir.... Sir nampak skema sangat (APA YANG AKU MELALUT SAMPAI MASUK BAB STYLE SIR NI). By the way, Sir...thank you for everything. Sebab ajar saya sampai saya lulus subjek Sir. Thank you sooo much Sir. I LOVE YOU!

Thursday 12 May 2016

THE END OF SADNESS!

Akhirnya kesedihan aku yang satu ini telah berakhir. Sebab apa? Sebab result final exam aku dah keluar dan Alhamdulillah result and pointer yang memberikan kelegaan. Even tak gempak pun pointer tu. Kesedihan apakah yang aku lalui sepanjang semester break ni? Kesedihan ni bermula dari lepas habis jawab paper Material Science. Sebab perasaan aku time tu memang macam rasa dah kena repeat je subjek ni. Lepas tu selang beberapa hari (TIME AKU DAH LUPA SIKIT PASAL NI) lecturer aku untuk subjek ni pulak wassup cakap yang dia dah habis tanda paper untuk kelas kitorang dan boleh pulak dia cakap masih ada yang gagal. Dalam group satu lagi (GROUP NI AKU TAK ADA BUT MY FREN ADA JOIN, SO DIA SCREENSHOT) lecturer ni cakap dekat student yang "Subjek ni adalah paling ramai yang repeat untuk sem kitorang. Tolong student yang ditugaskan  dalam bahagian akademik usaha untuk buat sesuatu." Perasaan aku time tu tak tahu nak cakap apa. Iyalah, dahlah carrymark pun semput tahap fail, final pulak rasa macam tak boleh jawab. Sepatutnya cuti ni aku ingat nak la lupakan semua pasal study or pape je berkaitan course aku ni. Tapi lepas baca wassup lecturer ni aku jadi makin monyok. Bila parents aku ajak keluar ada je alasan aku tak nak ikut. Kalau dah moody ada mood ke nak shopping bagai? Semalam bila result dah keluar aku buka mata slow-slow sebab tak sanggup hadap kalau-kalau ada subjek yang kena repeat. ALHAMDULILLAH. Tak ada yang kena repeat. Yang tak percaya tu subjek Material Science. Aku ingatkan tak repeat pun dapat C ke apa. Tapi lecturer tu bagi aku B. Boleh bayang tak kalau korang dapat carrymark belas-belas je tapi dapat result yang tak disangka. Dahlah jawab final entah pape je jawapan. Mungkin dah rezeki aku. Happy dah sekarang! Nak sambung holiday dengan hati yang sangat menggembirakan!

Saturday 9 April 2016

LEARN TO BE STRONG

CASTING
Aku rasa bangga sangat sebab sebagai seorang wanita aku pernah buat benda-benda alah macam welding, casting, milling semua tu. Bukan calang-calng orang yang boleh buat tau.(OK..BANGGA JAP) Yang paling aku suka adalah welding and casting. First time buat welding tu, sebelum tu memang takut sangat la. Jantung ni tak payah cakaplah... Dah rasa macam nak lari dari tuan dia je. Perasaan time tu macam-macam. Kenapalah aku ambik course yang kena buat kerja lelaki ni. Dahlah semua lelaki dalam lab tu. Tapi seriously bila dah start buat tu rasa macam perasaan tu "0oo..macam ni welding rupanya. Best jugak. Nak buat lagi! Nak buat lagi!" Yang paling aku suka adalah casting. Sebab time casting tu kitorang kena buat dalam kumpulan. Casting ni banyak step dan cabaran dia. Disebabkan kitorang first tu kena buat casting secara manual dan tak pakai machine, saat yang paling mendebarkan buat casting ni time nak terbalikkan bekas tu. Iyalah penat-penat kitorang duk tumbuk nak mampatkan pasir tu, takutkan crack ke pecah ke. Tapi Alhamdulillah kami berjaya. Time tumbuk nak mampatkan pasir tu je makan masa. Dahlah time aku tumbuk pasir tu budak- budak laki ni duk sakat aku. Boleh diorang kata nampak pada gaya aku tumbuk tu dah nampak dah biasa duduk dapur tumbuk sambal belacan. Hello!!Zaman sekarang orang blend je. (ERGHH) Yang paling aku benci adalah lathe and milling sebab dua-dua ni memerlukan ketelitian dan ketepatan yang sangat tepat gitu dan aku adalah ahli yang 'PASIF' time buat benda ni. Time buat lathe la yang aku paling takut sebab machine tu menggerunkan. Tapi mujurlah tiga orang budak laki dalam group aku tu bagi semangat. Aku ingat lagi dia cakap tak apa, jangan takut. Dia tunggu aku buat kat sebelah. Dia kata dia tahu aku boleh buat, dia yakin. Dia selalu cakap takpe buat slow-slow. Mujurlah ada dia dan dua orang lagi classmates aku ni yang bagi semangat. thankyou~

Thursday 7 April 2016

CARRYMARK

Kehidupan bergelar sebagai seorang student university ni tak akan pernah terlepas daripada perkataan 'carry mark'. Ada masa carry mark tu boleh jadi satu perkara yang menggembirakan dan menaikkan semangat tapi carry mark jugak boleh jadi satu perkara yang mendatangkan kemurungan berpanjangan dan membuatkan kita "feeling so down". Jadi tersebut la al-kisah tentang carry mark. Pada 5 MAC 2016 iaitu tarikh untuk final paper subjek Statics. Malam sebelum tu aku memang yakin gila yang aku akan boleh jawab paper Statics. Pagi sebelum jawab paper statics pun aku masih lagi ada keyakinan tu. Sejam sebelum aku mula exam pagi tu, aku dapat 'wassup' dari group kelas. Tanpa perasaan ragu-ragu aku buka 'wassup' tu. Rupa-rupanya lecturer kesayangan kitorang hantar satu picture ni dan aku dengan yakin download gambar menggunakan wifi kolej yang sangat pantas kelajuannya (HEHEHE). Rupa-rupanya lecturer tu hantar carry mark subjek Material Science kitorang. Aku memang tak nak tengok sebab subjek ni la yang aku 'paling handal sekali pada sem ni' (TAK SANGGUP NAK MENYATAKAN KEBENARAN). Apa perasaan kalau carry mark yang korang dapat tu memang tak tahu nak cakap 'CUKUP MAKAN' ke tak? Pagi tu memang aku down gila dan semangat nak jawab paper Statics hilang. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi sepanjang aku dalam dewan tu yang aku ada dalam fikiran aku adalah carry mark Material Science. Aku harap sangat supaya ALLAH sentiasa bantu aku dan merahmati setiap pekerjaan aku. Aku takut sangat kalau tanpa aku sedar sebenarnya aku yang lupakan DIA, lupa nak bertawakkal dan aku takut kalau sebenarnya bila timbul perasaan yakin tu aku lupa yang DIA sebenarnya yang meminjamkan segalanya buat aku dan semuanya adalah dengan izinNYA dan DIA yang berkuasa segalanya, YA ALLAH...~Doakan kejayaan saya ya~

Saturday 26 March 2016

MECHANICAL ENGINEERING

First sekali course ni hanya sesuai untuk orang yang otak dia memang otak suka menyelesaikan masalah dengan formula. Boleh dikatakan orang yang otak mengira la. Overall course ni lebih kepada penguasaan untuk memahami setiap konsep yang di applykan. Subjek menghafal pun ada dalam course ni, tapi tak payah risau sangat sebab kebanyakannya tak ada final. Tapi bagi aku agak membimbangkan sebab aku memang bukan seorang yang otak kuat menghafal. Sebenarnya memang aku sukakan subjek mengira tapi bukan yang ada kena mengena dengan fizik. Sebab dari sekolah lagi aku memang benci gila la dengan fizik. Subjek ni la yang aku paling anti dekat sekolah dulu dan yang paling mengharukan adalah aku memang sukakan subjek mengira tapi aku otak seni orangnya. (Sob...sob..sob).  Jauh betul menyimpangkan?? Since aku dah terjebak dalam course ni terpaksalah aku berfikiran positive. Memang time isi UPU dulu aku mintak course ni tapi mechanical engineering ni adalah pilihan yang terakhir sekali. Aku pun satu dah tahu tak minat fizik pergi mintak jugak. Jujur aku cakap time isi UPU tu aku berfikiran sangat kolot. Aku hanya fikir untuk mintak course yang 'havoc' didengar walaupun hakikatnya aku tak minat. Tapi tak sangka pulak aku dapat course ni. Time tu sebenarnya aku keliru gila samada nak pilih matrik atau diploma in Mechanical Engineering. Disebabkan time tu aku fikir yang aku ni bukanlah seorang yang otak boleh go on dengan benda alah macam 'fast-track' ni, so aku ambil pilihan untuk terima diploma ni. Memang masa sem 1 dulu aku terpaksa struggle dengan subjek Fizik and Alhamdulillah aku 'lulus' subjek fizik. Tak payah cakap la kan gred. Cukup sekadar lulus. Pointer aku masa sem 1 tak hebat pun tapi aku bersyukur sebab dapat pointer yang 'not bad' la. Sem 2 pulak aku rasa better sikit sebab bagi aku subjek statics lebih senang daripada Fizik. Mula-mula tu agak bimbang. Iyelah, subjek fizik aku cukup-cukup makan je. Inikan pulak nak ambil subjek yang lagi intro daripada Fizik tapi percayalah yang Statics lebih senang daripada Fizik. Sem 2 pulak aku bimbang 3 subjek. Workshop practice, Engineering drawing and Material science. Tiga-tiga ni subjek menghafal. Aku lemah lagi tak berdaya!Oh, NO. Baru aku tahu bukan senang nak jadi engineer. Dahlah belajar bukan main macam orang gila susahnya, time kerja nanti pun susah jugak. So, mana yang lebih untung?Fikir la sebelum apply apa-apa course sekalipun.

REALITI VS DRAMA

Bercerita tentang realiti vs drama, teringat dekat kawan aku yang kuat berangan ni. Percaya tak kalau dia ada impian nak 'kahwin paksa' ala-ala trend drama melayu sekarang ni. Urghh! Drama iye la mula-mula kahwin sebab terpaksa and then jatuh cinta and finally.....Oooo, YEAHH! happy ending ever after. C'mon la, drama ye la dah skrip dia macam tu. Hasil tangan manusia yang mereka jalan ceritanya. Semuanya yang indah je. Tapi realiti kita tak tahu. Aku sendiri pernah terfikir yang 'kahwin paksa' ni macam best jerr (Erghh!time tak mature). Tapi lepas aku dapat mimpi yang aku sendiri kena kahwin paksa dengan orang yang langsung aku tak kenal dan tak suka, aku terus jadi macam tersedar. Bila bangun dari mimpi tu, aku cubit pipi. Dalam hati siap berdoa biar mimpi tu bukannya realiti and Alhamdulillah tu semua memang mimpi. Tapi tak tahu kenapa mimpi tu aku dapat rasa macam  aku memang pernah laluinya. Perasaan time tu takut gila dan rasa sakit hati gila. Mimpi tu betul-betul menyedarkan aku supaya hidup dalam realiti dan bukan fantasi. Kenapa perlu pilih untuk terpaksa kalau kita ada pilihan yang membahagiakan? Ataupun aku silap?

Monday 15 October 2012

SO TIRED

Rasanya macam dah lama tak buka blog ni. Takde idea nak tulis apa. (HURMM) Yang aku tau sekarang ni hanya rasa malas menghantui diri. Lepas habis jawab exam tadi terus rasa macam nak demam. Mujur la hari ni adalah last paper and last day. (LIKE HOORAY!TAPI MOOD ORANG DEMAM). Ni mesti impak pulun habis-habisan (NAK EXAM KATAKAN*mata juling*) sebab yalah, dekat-dekat exam tu dahlah busy dengan kelas petang lepas tu sambung lagi malam. Balik tu nak kena hadap buku nak study, buat revision lagi. (KONON STUDY) Jumaat dan Sabtu pun kelas yang tak tahan tu.Macam tak ada time untuk rehat langsung even for a second (MACAM MENIPU LA PULAK..ERRKK..LEBIH KURANG MACAM TU LA). Okay dah sekian. Penat, nak tidur!

Wednesday 27 June 2012

BEHIND THE SCENE



Jujur aku katakan yang sepanjang latihan pentomin ni aku happy sangat. Pentomin ni semuanya wakil MPP sebenarnya. Macam-macam ragam yang berlakon sekali dengan aku ni.Ada yang 24 jam buat lawak, ada yang bersungguh gila dia punya lakonan. Dalam pentomin ni watak aku adalah sebagai seorang doctor yang begitu berdedikasi untuk menyelamatkan pesakitnya.(OMG! SERIOUSLY BANGGA GILA TIME PAKAI COT DOKTOR TU) Overall pentomin ni mengisahkan kisah seorang guru and anak muridnya. Okay mesti semua dah boleh bayang jalan cerita dia kan even aku tak cerita. Sepanjang latihan tu memang aku takkan lupa. Time berlakon pulak nervous sangat atas pentas tu. Mujur lah pentomin ni aku kena buat-buat je kononnya bercakap. Time scene guru (Shafiq Zamri) tanya doctor pasal student dia aku siap cakap aku nervous dan tak tahu nak buat-buat cakap macam mana. Aku nak gelak time Shafiq buat-buat muka bimbang dengar apa yang doctor cakap sebab time tu jugak dia cakap jangan nervous sangat, buat-buat je cakap, aku pun nervous gak ni. Relax dia cakap. Lepas tu pulak time nak cek pesakit dengan stethoscope tu pulak pesakit tu tetiba tersalah bertentangan mata dengan aku. Dahlah dia ni budak kelas arab. Dahlah time tu scene yang dia kena buat-buat sakit. Boleh pulak buat-buat sakit sambil senyum. Aku ni pantang orang nak tergelak. Aku berjangkit sekali. Thank you all for making my day. Thank you dekat semua yang terlibat sebelum dan selepas pentomin ni. Even ada yang last minute tak boleh join. But its okay and thank you for supporting us.

LOVE YOU GUYS!