Jujur aku katakan yang sepanjang latihan pentomin ni aku happy sangat. Pentomin ni semuanya wakil MPP sebenarnya. Macam-macam ragam yang berlakon sekali dengan aku ni.Ada yang 24 jam buat lawak, ada yang bersungguh gila dia punya lakonan. Dalam pentomin ni watak aku adalah sebagai seorang doctor yang begitu berdedikasi untuk menyelamatkan pesakitnya.(OMG! SERIOUSLY BANGGA GILA TIME PAKAI COT DOKTOR TU) Overall pentomin ni mengisahkan kisah seorang guru and anak muridnya. Okay mesti semua dah boleh bayang jalan cerita dia kan even aku tak cerita. Sepanjang latihan tu memang aku takkan lupa. Time berlakon pulak nervous sangat atas pentas tu. Mujur lah pentomin ni aku kena buat-buat je kononnya bercakap. Time scene guru (Shafiq Zamri) tanya doctor pasal student dia aku siap cakap aku nervous dan tak tahu nak buat-buat cakap macam mana. Aku nak gelak time Shafiq buat-buat muka bimbang dengar apa yang doctor cakap sebab time tu jugak dia cakap jangan nervous sangat, buat-buat je cakap, aku pun nervous gak ni. Relax dia cakap. Lepas tu pulak time nak cek pesakit dengan stethoscope tu pulak pesakit tu tetiba tersalah bertentangan mata dengan aku. Dahlah dia ni budak kelas arab. Dahlah time tu scene yang dia kena buat-buat sakit. Boleh pulak buat-buat sakit sambil senyum. Aku ni pantang orang nak tergelak. Aku berjangkit sekali. Thank you all for making my day. Thank you dekat semua yang terlibat sebelum dan selepas pentomin ni. Even ada yang last minute tak boleh join. But its okay and thank you for supporting us.
LOVE YOU GUYS!




No comments:
Post a Comment