CARING , SHARING , LOVING

Friday, 24 June 2016

ALARM

Seminggu aje lagi nak cuti raya...Tak sabaq!!!Sem 3 ni sememangnya menyerabutkan kepala hotak. Subject yang buat aku sampai sekarang rasa macam nak menangis air mata darah adalah DYNAMICS! Apakah?! Subject ni aku rasa dari awal kelas sampai lah last kelas khamis lepas satu apa pun aku tak paham lect tu ajar apa. Tak apalah. Yang nak ceritanya sekarang ni bukan pasal study ke apa ke. Yang jadi isu sekarang ni adalah semenjak aku ada junior ni, sebilik pulak tu aku dah jadi matang sikit dalam level 2 macam tu. HAHA! Tapikan ada la sorang junior ni aku tak tahu lah samada dia memang tidur mati atau memang telinga tuli atau memang telinga dia kalis bunyi ataupun telinga dia tersumbat tahap gaban. Masalah junior aku sorang ni adalah alarm dia yang mengganggu sekalian alam hidup aku yang tengah nyenyak tido. Dahlah alarm dia berbunyi dari pukul 4 pagi. Kotnya pun nak bangun sahur, sapa yang sahur pukul 4 pagi?! Dahlah dia punya alarm tu punyo lah lamo macam dia tak set time snooze ke apa ke. Lepas pada pukul 4 tu setiap 15 minit alarm dia duk menyanyi kat tepi telinga dia. Bayangkan aku yang duduk jauh dari dia boleh terkejut tidur, dia yang handphone duduk dekat tepi telinga boleh tak dengaqqq!!! Kadang-kadang terpaksa suruh orang lain kejutkan dia tutup alarm. Yang menyakitkan hati tu aku kejut dia, boleh dia amek phone dan letak bawah bantal tido dia. Bukan nak tutup alarm yang bingit macam nak pecah telinga. Ada jugak nanti yang nak kena sound dengan aku. Kang aku sound merajuk, mengadu kat parents cakap senior gila la gedik la. 

No comments:

Post a Comment